Wednesday 1 February 2017

Mari Ketahui 4 Jenis Penyakit Mata Yang Biasa Jangkiti Kucing

Penyakit Mata Kucing

Selain penyakit kulit yang dialami oleh kucing kesayangan, penyakit mata merupakan salah satu penyakit yang kebiasaanya yang turut dihadapi oleh kucing. Penyakit mata kucing boleh dibahagikan kepada 4 jenis penyakit yang kebiasaanya terjadi kepada kucing kesayangan.

Dari Hasil tinjauan oleh pihak vaterinar mengelaskan penyakit mata kucing adalah seperti berikut:

1.   Jangkitan mata (konjungtivitis).




Konjungtivitis, juga dikenali sebagai mata merah muda, merupakan keradangan atau jangkitan pada membran yang jelas dan menutupi lapisan luar mata dan permukaan bahagian dalam kelopak mata. Mata kelihatan sangat merah dan membengkak dengan airmata berlebihan. Pelbagai kemungkinan yang menyebabkan konjungtivitis, termasuk tindak balas bahan kimia  (alat pembersih,racun perosak); alergik (debu, kulat, rumput); trauma atau luka pada mata; jangkitan kulat, virus, atau jangkitan bakteria; dan virus pada saluran pernafasan dibahagian atas kepala kucing.

Rawatan konjungtivitis mempunyai pelbagai cara bergantung pada penyebab yang menyebabkan penyakit itu terjadi, tetapi jika jangkitan tidak dapat dikenalpasti, doktor haiwan akan memberikan antibiotik. Jika konjungtivitis bukan disebabkan oleh jangkitan, kaedah rawatan mata menggunakan steroid dapat digunakan. Terapi dengan menggunakan bahan herbal yang yang mengandungi rosemary dan burdock juga dapat membantu dalam merawat penyakit konjungtivitis.



Ubat yang di syorkan kepada pencinta kucing untuk merawat kucing mereka adalah : Gentamicin Sulfate Ophthalmic Solution, Neo Poly Dex Ophthalmic atau Teramycin.


 2. Katarak



Ini adalah gangguan mata yang jarang dihidapi oleh kucing peliharaan.  Ia kelihatan seperti berawan atau berwarna putih kekeruhan dapat dilihat jelas dari lensa mata.  Katarak dapat menghalang penghantaran cahaya ke retina dan menyebabkan  gangguan pada penglihatan dan membolehkan kucing menjadi buta.

Jika katarak dikesan terdapat pada kucing Anda, kebiasaanya masalah penyakit dilihat pada punca untuk dianalisa oleh doktor haiwan. Ada pelbagai kemungkinan yang menyebab katarak pada kucing.

Uveitis (keradangan pada mata) adalah penyebab paling utama berlakunya katarak pada kucing. Sebahagian besar masalah penyakit katarak terjadi kerana masalah sekunder berlaku keradangan mata daripada trauma.

Kadang kala penyebabnya adalah daripada faktor genetik. Katarak tidak boleh dicegah, tetapi penyakit mata yang menjadi punca perlu dirawat.

Tidak ada cara atau rawatan untuk merawat penyakit katarak untuk, satu-satu cara adalah dengan membuang atau melakukan pembedahan membuang lensa katarak.



 3.     Glaukoma


Definisikan sebagai peningkatan yang berterusan dari tekanan  intraokular (cecair)  yang berada di dalam mata. Dalam mata normal, terdapat pengeluaran cecair yang berterusan dan pengeluaran dari cecair itu disebut sebagai aqueous humor.

Ketika mempunyai masalah dengan pengeluaran  cecair ini, tekanan pada mata akan meningkat. Glaukoma primer melibatkan fungsi dikawasan aliran mata, dan dapat diwariskan,tetapi jarang terjadi kepada kucing.

Sebahagian besar masalah glaukoma sekunder, dan berkembang sebagai kesan samping dari gangguan mata, seperti keradangan kronis, lensa  (dislokasi), tumor, atau trauma.

Dalam kebanyakan masalah lain, penyebab penyakit mata Glaukoma tidak dapat dikenalpasti. Penyakit ini juga termasuk pembesaran mata, kornea berawan, mata merah, menyempitkan mata, mata kesakitan, koyak, dan mata reaktif terhadap cahaya.

Dalam masalah yang lebih serius, glaukoma boleh menyebabkan kucing menjadi buta. Tidak ada cara mencegah yang dapat dikenalpasti untuk glaukoma pada kucing, kecuali memiliki pengalaman dalam merawat penyakit ini dan segera mendapatkan rawatan bagi mengubati penyakit mata lain yang dapat menyebabkan glaukoma.

Terdapat beberapa produk dipasaran yang boleh digunakan untuk merawat glaukoma pada kucing antaranya Timolol Ophthalmic Solution dan Pilocarpine.


Ubat yang di syorkan adalah : Timolol Ophthalmic Solution dan Pilocarpine Ophthalmic 2% Solution, propolis juga boleh digunakan dengan menyapu di kawasan kulit luar yang bengkak.

 4.     Kornea Ulser



Salah satu penyakit mata yang kebiasanya terjadi kepada kucing adalah Ulser kornea, yang didefinisikan sebagai ganguan di kornea. Penyakit ini terjadi disebabkan oleh kesan trauma, jangkitan, dan diketahui secara umum disebabkan oleh penyakit mata primer.  

Kebanyakkan virus seperti herpes kucing dan masalah pernafasan akan menyebabkan ulser kornea. Gejala ulkus kornea termasuk kelopak mata tertutup, sensitif terhadap cahaya, kemerahan, cecair mata yang keluar secara berlebih, dan kadang kala mengaburkan kornea di  kawasan ulkus.

Diagnosis biasanya dibuat dengan melakukan ujian diagnostik, dengan menggunakan fluorescein khas (oren) dye di mata untuk menjalankan diagnosis.
Kaedah rawatan termasuk dengan memberi antibiotik tertentu dan ubat-ubatan lain yang perlu diberikan beberapa kali sehari.

Dalam masalah yang lebih rumit, rawatan meggunakan antibotik tertentu tidak mendatangkan kesan yang baik,  Pemedahan mata yang melibatkan kelopak mata diperlukan.


Ubat Yang disyorkan : Gentamicin Sulfate Ophthalmic Solution, Neo Poly Dex Ophthalmic.

Monday 30 January 2017

JOM SEMAK 8 JENIS PENYAKIT KULIT KUCING & CARA MERAWATNYA

Jom Semak 8 Jenis Penyakit Kulit Kucing dan Cara Merawatnya

Setiap pencinta kucing akan bertanyakan tentang kucing yang terkena "jamur"  atau jangkitan kulat apabila mempunyai masalah kulit pada kucingnya, dan rawatan akan diberikan kepada kucing yang mengalami masalah ini. 

Malah ada yang terus mendapatkan suntikan anti kulat,dan lebih membahayakan lagi ada yang diberi suntikan ubat Ivermectin, (Ubat anti parasit kepada haiwan). Banyak yang tersalah anggapan dalam pengubatan penyakit kulit terutamanya kepada kucing. 

Untuk menambah lagi ilmu pengetahuan, saya ingin berkongsi maklumat tentang penyakit kulit yang sering dilihat pada kucing kesayangan anda,cara pencegahan dan cara menangani penyakit kulit ini. 

Tanda awal untuk mengenalpasti samaada kucing anda mengalami masalah kulit adalah kucing anda sering menggaru tubuh badannya dengan lebih kerap dan kucing anda kurang selesa dengan keadaan badannya.




Antara Penyakit Kulit Yang Selalu Dihadapi Oleh Kucing:

1. Ring Worm

 Ringworm adalah jenis lain dari kulat yang menyerang kucing,terutama anak kucing di  bawah satu tahun. Hal ini menyebabkan luka-luka melingkar di kepala kucing,telinga,dan  badan. Kulit di sekitar luka sering bersisik dan botak. Ring Worm mudah merebak dan  dapat berjangkit kepada haiwan peliharaan lain di rumah,serta boleh berjangkit kepada  manusia.

 Cara pengubatan bergantung pada tahap keparahan,termasuk penggunaan shampoo  khusus,dan ubat-ubatan yang berikan.


Cara Pencegahan Ring Worm :

  • Sebulan sekali lakukan pembasmian kawasan dan kandang tempat tinggal kucing dangan bahan peluntur, dan pembasmian kuman untuk haiwan. 
  • Sebulan sekali mandikan atau rendam kucing dalam cairan Lyme sulfur/larutanbelerang, atau mandikan dengan menggunakan shampoo khusus untuk kucing.


Cara Rawatan  Ring Worm:

Apabila kucing anda sudah terkena Ringworm ,

Bersihkan kerak yang terbentuk dengan Virgin Coconut Oil (VCO), setelah bersih sapukan Propolis atau krim anti kulat (Ketoconazole). 

Untuk kucing diatas 4 Bulan secara  kebiasaanya diberikan Itraconazole/ Sporanox,satu kapsul di bahagi 5 selama 2 minggu sehari sekali. Bergantung kepada mg ubatan tersebut.

Untuk kucing di bawah 4 bulan atau hamil,jangan diberikan ubat makan akan menyebabkan kematian kucing atau kucing hamil boleh keguguran.(dapatkan nasihat Doktor)

Untuk makluman, ketaconazole, itracanazole dan sporanox hanya boleh didapati daripada Doktor, Doktor Veterinar dah Ahli Farmasi sahaja kerana ia adalah kategori ubat terkawal yang memerlukan perkrepsi. Vitamin dan produk organik seperti Magtox dan Miracat spray bukan kategori ubat terkawal.


2. Kulit Kering 

Seperti manusia,kulit kucing juga boleh menjadi kering, dan mengelupas. Kebiasanya masalah yang dihadapi tidak begitu serius dan anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor haiwan.Kulit kering yang berterusan diakibatkan daripada permakanan yang tidak dijaga,rawatan yang salah,atau kucing mempunyai masalah kesihatan.Shampoo khusus dan supplemen omega 3 dapat  membantu masalah penyakit kulit kering kucing. 

Kulit kering akan menampakkan bulunya kasar dan bermasalah.


Pencegahan dan Rawatan :

  1.  Mandikan  Kucing  Sebulan sekali dengan shampo anti kulat /sebazole. 
  2.  Berikan Suplemen tambahan seperti Minyak ikan Kod yang mengandungi Omega-3.  Vetacat New Formula juga mengandungi Minyak Ikad Kod.

3. Alergic Dermatitis

Kucing boleh mendapat jangkitan alergi daripada produk rawatan, makanan, dan gangguan persekitaran, seperti  habuk atau gigitan kutu. Menggaru kepala atau leher merupakan tanda umum alergik dari makanan. Tanda alergi lain adalah  termasuk menjilat pada kaki atau menggaru telinga atau pangkal ekor. Ada pelbagai cara untuk mengubati kulit gatal berhubung dengan alergik, tapi melakukan langkah pencegahan adalah cara terbaik.





Rawatan:
- bersihkan kerak2 yang terbentuk dengan Virgin Coconut Oil (VCO) , setelah bersih 
  sapukan Propolis

4. Stud Tail

Penyakit kulit ini juga disebut hiperplasia kelenjar pada punggung, ekor kucing jantan mengeluarkan kelenjar minyak yang aktif dibahagian atas ekor. Kelenjar ini menghasilkan bahan perkumuhan seakan lilin yang membolehkan kucing mengalami keguguran dan berkudis. Dalam masalah yang lain,penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan bakteria pada ekor yang terdedah. Mengkasi dapat menghilangkan masalah kepada kucing jantan.Cara rawatan lain adalah dengan sentiasa merawat ekor dan menggunakan shampoo yang dikhususkan.


Rawatan:
Cuci /bersihkan lemak dipungung kucing dengan menggunakan sabun.Setelah bersih bilas dengan shampo sebazole dan terakhir bilas dengan air propolis ( 20 titispropolis dan 1 liter air) ,kemudian keringkan.


5. Bulu Gugur

Jika anda dapati kucing anda keguguran bulu lebih dari biasa atau mempunyai bahagian yang botak pada badan kucing, segera membawa kucing anda berjumpa doktor haiwan. Bulu gugur abnormal boleh menjadi tanda dari beberapa penyakit, antara adalahdisebabkan kutu, kucing mengalami stres, alergik, atau permakanan yang tidak sesuai.

Rawatan:
  1. Berikan makanan yang mempunyai khasiat misalnya wet food dicampur dengan vitamin seperti Gimcat atau Vetacat
  2. Berikan rawatan sesuai yang disebabkan keguguran


6. Jangkitan Bakteria

Dalam banyak masalah, jangkitan bakteria pada kulit berpunca daripada masalah  kulit yang lain. Misalnya, jerawat kucing membuat akar bulu kucing lebih terdedah terhadap jangkitan,sehingga merebak.Jangkitan bakteria dapat dirawat dengan antibiotik, tetapi yangpenting adalah menjaga kesihatan kulit agar tidak terkena jangkitan bakteria.





Rawatan:
  1. Bersihkan kerak2 yang terbentuk dengan Virgin Coconut Oil (VCO) , setelah bersih sapukan Propolis atau krim anti bakteria.
  2. Berikan antibiotik sesuai dengan kucing anda.


7. Ear Mite

Kutu  telinga adalah parasit kecil yang tinggal di dalam telinga kucing. Saat mereka makan mereka menyebabkan keradangan yang dapat menyebabkan kulit serius atau mendapat jangkitan. 

Tanda- tanda kutu telinga adalah apabila kucing menggaru kepala dan telinga berlebihan, telinga bergetar, dan bau yang kuat dan kotor dalam telinga.Kutu telinga dapatrawat dengan produk yang telah disahkan oleh doktor haiwan.


8. Kutu

Kutu adalah masalah yang sangat umum. Anda boleh melihat kutu atau Telur kutu dalam bulu kucing,terutama sekali dapat dilihat dengan warna bulu yang pudar. Tanda-tanda lain adalah bila kucing anda sering  menggaru, luka kulit berkerak, dan bulu pada ekor semakin nipis. Untuk membasmi kutu, Anda harus merawat kucing anda, serta peralatan rumah anda, tempat tidur, dan karpet. Lakukan pembasmian secara bulanan adalah yang terbaik




Rawatan:
  1. Bersihkan kerak2 atau kotoran dengan VCO, setelah bersih sapukan propolis.
  2. Titiskan ubat Kutu Frontline Pada tengkuk Kucing
  3. Bersihkan kawasan atau kandang kucing minima sebulan sekali.