Wednesday 1 February 2017

Mari Ketahui 4 Jenis Penyakit Mata Yang Biasa Jangkiti Kucing

Penyakit Mata Kucing

Selain penyakit kulit yang dialami oleh kucing kesayangan, penyakit mata merupakan salah satu penyakit yang kebiasaanya yang turut dihadapi oleh kucing. Penyakit mata kucing boleh dibahagikan kepada 4 jenis penyakit yang kebiasaanya terjadi kepada kucing kesayangan.

Dari Hasil tinjauan oleh pihak vaterinar mengelaskan penyakit mata kucing adalah seperti berikut:

1.   Jangkitan mata (konjungtivitis).




Konjungtivitis, juga dikenali sebagai mata merah muda, merupakan keradangan atau jangkitan pada membran yang jelas dan menutupi lapisan luar mata dan permukaan bahagian dalam kelopak mata. Mata kelihatan sangat merah dan membengkak dengan airmata berlebihan. Pelbagai kemungkinan yang menyebabkan konjungtivitis, termasuk tindak balas bahan kimia  (alat pembersih,racun perosak); alergik (debu, kulat, rumput); trauma atau luka pada mata; jangkitan kulat, virus, atau jangkitan bakteria; dan virus pada saluran pernafasan dibahagian atas kepala kucing.

Rawatan konjungtivitis mempunyai pelbagai cara bergantung pada penyebab yang menyebabkan penyakit itu terjadi, tetapi jika jangkitan tidak dapat dikenalpasti, doktor haiwan akan memberikan antibiotik. Jika konjungtivitis bukan disebabkan oleh jangkitan, kaedah rawatan mata menggunakan steroid dapat digunakan. Terapi dengan menggunakan bahan herbal yang yang mengandungi rosemary dan burdock juga dapat membantu dalam merawat penyakit konjungtivitis.



Ubat yang di syorkan kepada pencinta kucing untuk merawat kucing mereka adalah : Gentamicin Sulfate Ophthalmic Solution, Neo Poly Dex Ophthalmic atau Teramycin.


 2. Katarak



Ini adalah gangguan mata yang jarang dihidapi oleh kucing peliharaan.  Ia kelihatan seperti berawan atau berwarna putih kekeruhan dapat dilihat jelas dari lensa mata.  Katarak dapat menghalang penghantaran cahaya ke retina dan menyebabkan  gangguan pada penglihatan dan membolehkan kucing menjadi buta.

Jika katarak dikesan terdapat pada kucing Anda, kebiasaanya masalah penyakit dilihat pada punca untuk dianalisa oleh doktor haiwan. Ada pelbagai kemungkinan yang menyebab katarak pada kucing.

Uveitis (keradangan pada mata) adalah penyebab paling utama berlakunya katarak pada kucing. Sebahagian besar masalah penyakit katarak terjadi kerana masalah sekunder berlaku keradangan mata daripada trauma.

Kadang kala penyebabnya adalah daripada faktor genetik. Katarak tidak boleh dicegah, tetapi penyakit mata yang menjadi punca perlu dirawat.

Tidak ada cara atau rawatan untuk merawat penyakit katarak untuk, satu-satu cara adalah dengan membuang atau melakukan pembedahan membuang lensa katarak.



 3.     Glaukoma


Definisikan sebagai peningkatan yang berterusan dari tekanan  intraokular (cecair)  yang berada di dalam mata. Dalam mata normal, terdapat pengeluaran cecair yang berterusan dan pengeluaran dari cecair itu disebut sebagai aqueous humor.

Ketika mempunyai masalah dengan pengeluaran  cecair ini, tekanan pada mata akan meningkat. Glaukoma primer melibatkan fungsi dikawasan aliran mata, dan dapat diwariskan,tetapi jarang terjadi kepada kucing.

Sebahagian besar masalah glaukoma sekunder, dan berkembang sebagai kesan samping dari gangguan mata, seperti keradangan kronis, lensa  (dislokasi), tumor, atau trauma.

Dalam kebanyakan masalah lain, penyebab penyakit mata Glaukoma tidak dapat dikenalpasti. Penyakit ini juga termasuk pembesaran mata, kornea berawan, mata merah, menyempitkan mata, mata kesakitan, koyak, dan mata reaktif terhadap cahaya.

Dalam masalah yang lebih serius, glaukoma boleh menyebabkan kucing menjadi buta. Tidak ada cara mencegah yang dapat dikenalpasti untuk glaukoma pada kucing, kecuali memiliki pengalaman dalam merawat penyakit ini dan segera mendapatkan rawatan bagi mengubati penyakit mata lain yang dapat menyebabkan glaukoma.

Terdapat beberapa produk dipasaran yang boleh digunakan untuk merawat glaukoma pada kucing antaranya Timolol Ophthalmic Solution dan Pilocarpine.


Ubat yang di syorkan adalah : Timolol Ophthalmic Solution dan Pilocarpine Ophthalmic 2% Solution, propolis juga boleh digunakan dengan menyapu di kawasan kulit luar yang bengkak.

 4.     Kornea Ulser



Salah satu penyakit mata yang kebiasanya terjadi kepada kucing adalah Ulser kornea, yang didefinisikan sebagai ganguan di kornea. Penyakit ini terjadi disebabkan oleh kesan trauma, jangkitan, dan diketahui secara umum disebabkan oleh penyakit mata primer.  

Kebanyakkan virus seperti herpes kucing dan masalah pernafasan akan menyebabkan ulser kornea. Gejala ulkus kornea termasuk kelopak mata tertutup, sensitif terhadap cahaya, kemerahan, cecair mata yang keluar secara berlebih, dan kadang kala mengaburkan kornea di  kawasan ulkus.

Diagnosis biasanya dibuat dengan melakukan ujian diagnostik, dengan menggunakan fluorescein khas (oren) dye di mata untuk menjalankan diagnosis.
Kaedah rawatan termasuk dengan memberi antibiotik tertentu dan ubat-ubatan lain yang perlu diberikan beberapa kali sehari.

Dalam masalah yang lebih rumit, rawatan meggunakan antibotik tertentu tidak mendatangkan kesan yang baik,  Pemedahan mata yang melibatkan kelopak mata diperlukan.


Ubat Yang disyorkan : Gentamicin Sulfate Ophthalmic Solution, Neo Poly Dex Ophthalmic.

No comments:

Post a Comment